Tuesday, February 10, 2009

EMAS 09'

Setelah sekian lama blog ini menyepi, akhirnya ia telah bermula kembali dengan sesuatu yang baru. EMAS kini bakal melalui satu tahun yang penuh dengan cabaran. Tahun 2009. Dengan azam untuk menaikkan kualiti program, pihak pengurusan Mentor-Mentee EMAS telah melakukan pelbagai perubahan dalam pengurusan, sistem mentoring dan modul. Harapnya EMAS tahun ini akan bertambah baik berbanding tahun lepas. InsyaAllah.


Tanggal 27 dan 28 Januari, sesi interview untuk mentor-mentor baru telah dijalankan. Seramai 20 orang mentor baru telah terpilih untuk bersama EMAS bagi sesi 2009 ini.


Tanggal 31 Januri dan 1 Febuari, lebih kurang 35 orang mentor (lama dan baru) telah menjalani induksi Mentor di Kem Ecokid, Alang Sedayu, Gombak. Pada induksi kali ini, pengisiannya adalah lebih kepada pemahaman tentang program secara keseluruhan, skill komunikasi dan modul. Boleh saja lihat di sini dan di sini untuk kisah yang lebih menarik.


Kini, mentor-mentor perlu melalui fasa ke-4 dalam sistem EMAS 09'. Kem Mahabbah EMAS yang akan diadakan pada 14 dan 15 Febuari ini. Mari kita sama-sama tunggu keajaiban EMAS kali ini...Mampukah mencapai targetnya? Kita tunggu...


~mentor perlu di 'modul'kan sebelum kena hadam modul~

1 comments:

Afif Zainuddin said...

waa..
bagus2..
dah update tu..
keep on moving..
ho3~