Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, October 15, 2008

Kasih Seorang Ayah~

*Originally from Normaheran M. Nor (aima_87@yahoo.com)
*Al-Fatihah to his beloved father..

Kasih Seorang ayah

Di waktu malam yang sunyi..ketika semua manusia enak dibuai mimpi..aku masih tidak dapat lelapkan mataku..sikit demi sedikit bayangan seorang insan yang ku amat merindui hadir dalam ingatanku..seorang insan bernama ayah..Aku tidak mengerti mengapa malam ini aku terasa amat merinduinya..tanpaku sedari, titisan air mata ku mengalir membasahi pipi..baru ku tersentak dari lamunan, bahawa ayah sudah tiada lagi..dia sudah pergi jauh menemui rabbul izzati..

Ayah..Adakah engkau mendengar rintihan anakmu ini? Engkau seorang yang tabah semasa hidupmu. Engkau sanggup bersusah demi untuk membesarkan aku dan adik beradik yang lain. Daripada sebesar tapak tangan hingga aku dewasa…Aku masih ingat kata-katamu dan harapan mu ayah. Engkau ingin melihat aku berjaya. Sewaktu ku mendapat anugerah kecemerlangan semasa di sekolah menengah, aku lihat engkaulah orang yang paling bangga dan gembira dengan kejayaanku. Walaupun engkau tidak pernah menyatakannya,namun dari riak wajahmu,aku pasti kau bangga denganku..Kini, dengan berkat doamu,aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..Namun, kegembiraan itu tidak berpanjangan..masih jauh perjalanan liku-liku kehidupan yang harus kutempuhi..

Aku masih ingat lagi..sewaktu ku sibuk mengulangkaji pelajaran,tiba-tiba ku mendapat panggilan daripada kakakku. Dari nada suaranya, aku dapat mengagak sesuatu yang buruk terjadi. Aku diberitahu bahawa ayahku dimasukkan ke hospital selepas jatuh daripada motor semasa pulang dari mengajar budak-budak mengaji di surau. Aku diberitahu bahawa ayah koma dan ditahan di Hospital Kuantan (HTAA). Tanpa berfikir panjang, keesokannya aku bertolak ke Hospital. Kulihat, ayahku sedang baring dikatil dan ditemani ibu, saudara mara dan adik beradikku yang lain. Lalu ku pegang dan cium tgn ayah..Doktor memberitahu bahawa ayah ku lumpuh sebelah badan, tidak boleh bercakap dan tidak boleh makan..aku rasa terkejut apabila dimaklumkan begitu. Hatiku berbisik perlahan, mesti ayah lapar kan..kasihan kat ayah..Ku jaga ayah di hospital selama beberapa hari sahaja kerana aku terpaksa kembali ke UKM untuk mendengar taklimat Latihan Amali Industri. Ikutkan hati, mahu sahaja aku tinggal di hospital dengan lebih lama untuk menjaga ayah. Kemudian, aku mendengar suara gelak tawa yang aku biasa aku dengar. Oh, rupanya itu adik kesayanganku yang bongsu..Aleya Natasha.. Ku mendekati adikku Aleya, yang ralik bermain bersama kanak-kanak yang sebaya dengannya. Ku melihat adik bongsuku yang tidak mengerti apa-apa lagi tentang semua ini. Selepas beberapa hari, aku pun pulang ke UKM. Semasa berada di UKM, aku mendapat mesej daripada kakakku yang berbunyi :

“ Doktor pakar datang tadi..dia pesan supaya ayah minum ikut tiub untuk sebulan dua..
Sebabnya ayah tak pandai nak telan lagi..darah ayah terlalu tinggi, jadi urat kat otak ada yang dah pecah..kalau esok lusa ayah balik umah nanti kena jaga dia elok-elok sebab kalau kena kali kedua ayah mungkin koma terus..”Hatiku tidak tenang selepas mendapat pesanan itu..Aku tak tahu bagaimana keadaan ayah kalaulah ianya berulang lagi.kata doktor, ayah akan koma terus?? Apa maksud doktor agaknya..mungkinkah ayah akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya???..adakah begitu?? Semua persoalan-persoalan ini bermain difikiranku.

Selepas seminggu..

Ku diberitahu oleh kakakku bahawa ayah dibenarkan pulang ke rumah. Aku berasa syukur sangat masa tu. Aku tersenyum seketika dengan harapan supaya ayah cepat sembuh. Setelah dua minggu berlalu,aku pulang ke rumah untuk melihat keadaan ayah. Aku dapat pulang ke rumah hanya untuk beberapa hari saja. Ayah masih tidak boleh menelan makanan, bercakap dan masih lumpuh. Dia hanya boleh minum, tapi minum pun dalam beberapa sudu sahaja. Dah nak dekat sebulan ayah tak makan..kesian ayah..ku urut-urut tangan ayah..ayah lumpuh sebelah badan dan tak boleh bercakap..kadang2 aku menagis sendirian, mungkin ibu dan adik beradikku yang lain juga begitu. Hari sebelum aku pulang ke UKM, aku menghampiri ayah..aku duduk di sebelahnya, ku genggam tgnnya lalu aku menangis teresak-esak disisinya..melihat keadaan ku yang sedang menagis, akakku menghampiriku dan memelukku seketika. Aku seolah2 dapat rasai bahawa ayah akan pergi tak lama lagi..ku cium dahinya.ku katakan padanya, “ Ayah, yan dah nak balik ke UKM ni..ada final exam esok lusa ni. Ayah doakan yan ye ayah..” Lalu ayah merenungku seketika dan berpaling kearah lain tanpa sepatah kata..namun, aku dapat rasakan bahawa dia ingin mengatakan sesuatu, tapi tidak kesampaian.. Aku cukup sedih pada tika itu, seolah-olah ayah tidak mahu aku meninggalkannya, tapi aku terpaksa pergi..aku terpaksa..

Selang beberapa hari,

Aku pun menduduki final exam..Walaupun hatiku tidak tenang memikirkan kesihatan ayah, namun ku gagahi juga untuk menghadapinya..Tetapi selepas seminggu, sedang ku membuat persediaan untuk menghadapi exam pada keesokan harinya, aku dapat mesej daripada kakakku yang menyatakan bahawa ayah sedang sakit tenat. Aku terkejut dan dadaku berdebar-debar ketakutan sesuatu yang buruk menimpa ayahku. Hatiku tidak berhenti-henti berdoa supaya ayah selamat. Namun, selepas sejam kemudian, tepat jam 3.30 petang, 24/04/08, kakakku menelefonku dengan nada yang sedih dan menangis,,aku dah dapat tanggapi apa yang ingin diberitahu kakak..

Kakak cakap “ Yan, ayah dah takda.. ayah dah takda..” Terus mengalir air mataku tidak henti-henti. Aku tidak sangka ayah sudah pergi untuk selama-lamanya.. Aku harap sangat supaya aku sempat menemui jenazah ayah sebelum dikebumikan.Petang itu juga aku terus bertolak ke rumah menaiki teksi dan ditemani kawanku. Terima kasih sahabat, kerana sanggup bersamaku di waktu aku perlukan seorang teman.

Akhirnya tepat jam 10 malam, aku tiba jua di rumah..Ku lihat, ramai jiran-jiranku di luar rumah..Bila ku masuk ke rumah, semua mata memandang ke arahku..Aku sudah tidak peduli semua itu, lalu aku menghampiri sekujur badan yang dilitupi kain putih berada di ruang tamu rumahku..Ya, aku pasti itu adalah ayahku..Ayah..ku meraung dalam hatiku..ku menangis.. Aku melihat wajah ayahku bersih dan tenang sahaja. Aku rasa tenang melihatnya dengan harapan Allah akan menempatkan jenazah bersama orang yang beriman..Dan aku redha di atas pemergiannya..kerana Tuhan lebih menyayaginya..Alhamdulillah jenazah dikebumikan dengan selamat pada malam itu juga..

Ayah,
Ku ingin ucapkan terima kasih padamu…Kerana membesarkan kami adik-beradik..Engkau adalah seorang ayah yang amat kukagumi..Aku amat menyayangimu, walaupun aku tidak pernah menyatakannya padamu ayah. Engkau pergi sebelumku mendapatkan segulung ijazah. Aku masih ingat lagi apabila aku ditawarkan untuk melanjut ke IPTA, engkaulah orang yang paling gembira dan sibuk membantu aku menguruskan hal-hal untuk ke IPTA. Aku pasti sedih semasa di hari konvokesyen kelak..kerana aku akan meraikannya tanpamu seperti rakan-rakan ku yang lain. Namun, aku bersyukur kerana masih lagi mempunyai seorang ibu, kerana masih ramai lagi manusia yang hidup tanpa kedua orang tua mereka.Walaubagaimanapun, akan ku teruskan perjuangan ini. Aku tidak akan mengecewakan harapanmu ayah. Aku ingin menjadi seorang yang berguna dan membantu ibu dan adik-adik apabila aku berjaya kelak..akanku teruskan perjuangan ini..

Buat ma,
Yan harap ma tabah mengharungi dugaan ini..Yan akan belajar bersungguh-sungguh demi meneruskan harap ma dan ayah. Yan tidak akan lupakan ma bila Yan dah berjaya kelak..yan sayangkan ma seperti yan sayangkan ayah..

Buat sahabatku,
Bagi sahabat yang masih mempunyai ayah, hargailah selagi mana dia masih hidup kerana apabila dia sudah tiada kelak, barulah sahabat akan sedar, bahawa dia amat penting dalam hidup kita..kadangkala kita tidak pernah menghargai orang yang berada di sisi kita, sehinggalah kita kehilangannya pada saat itu..tidak ada guna sesalan, kerana perginya tanpa berpatah lagi..percayailah..ayah, yan sayang dan rindukan ayah..yan akan selalu melawat pusaramu ayah..kini, hampir empat bulan ayah meninggalkan aku..aku sentiasa mendoakan supaya arwah ditempatkan bersama orang yang beriman..amin.

Ketika berjauhan masih ku rasa,
Hangat kasihmu ayah,
Betapa ku rindukan redup wajahmu,
Hadir menemaniku,
Terbayang ketenangan,
Yang selalu kau pamerkan,
Bagaikan tiada keresahan,
Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali kau tinggalkan,
Diriku sendirian,
Ketikaku dalam kedukaan,
Kau mendakap penuh pengertian,
Di saat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku erti kekuatan,
Terpancar kebanggaan dalam senyummu,
Melihat ku berjaya,
Bila ku kegagalan,
Tak ka biarkan aku terus kecewa,
Dengan kata azimat,
Engkau nyalakan semangat,
Restu dan doa kau iringkan,
Tak dapat ku bayangkan hidupku ayah,
Tanpa engkau disisi,
Semua kasih saying yang kau curahkan,
Tersemat di hati..
Pewaris doa ayah,

Normaheran M.Nor.

Monday, September 1, 2008

Fadhilat Ramadhan...

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Saturday, August 23, 2008

Do You know???

*Adapted a little bit from module sciences 23rd Aug '08

- Scientists even study about is it possible for human to live in another planet. They have found that there is a planet that has the same gas structure and condition like our earth which is Mars. The Scientists want to make an experiment, so they are about to send the prisoners as a subject of experiment.

Question: 1) Is it in Islam is accepted to do like that, let the prisoner be as a ‘subject’ of the experiment?

2) Look at the structure of Mars which there is no life on that planet

and cold, what do you think? How could we survive?

3) You want to live there? Why?

- ‘Methane’ which contains on Neptune is the gas that is same with your fart. Ponder how stinks that planet….

- Why Pluto is the darkest planet? Why its so cold? Because it is far away from the sun. Why Mercury is so hot? Why it’s so shine? Because it is closest to the sun. Ponder how great is Allah who make the temperature in our planet not so hot nor so cold… Amazing isn’t it? It’s He who Almighty.

- Neil Armstrong converted to be as a muslim after going back from the exploration from outerspace. Why? Because some said that he heard the sound of azan when he were at the moon.

- Now, ask yourself????? How thankful you are to be as a muslim who live in the earth…

Bayar dengan senyum..=b

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan..

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

Candid E.M.A.S.













Monday, August 11, 2008

Khalid Hina UiTM, Orang Melayu..

*Just highlighting the issue, not to support or condemn...-blog editor-

PUTRAJAYA 11 Ogos – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.

Menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan Melayu, beliau berkata, cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri.

“Dia (Abdul Khalid) bercakap soal kecemerlangan dan persaingan. Apakah persaingan antara pelajar UiTM sedia ada tidak cukup sengit? Apakah orang Melayu tidak boleh bersaing sesama dengan Melayu. Kena masuk orang Cina, baru Melayu tahu hendak bersaing.

“Saya juga tidak percaya hanya kerana UiTM menghimpunkan pelajar Melayu dan bumiputera, ia membawa kepada perpecahan dalam masyarakat.

“Kalau dia (Abdul Khalid) kata hendak melahirkan perpaduan dengan bercampur orang India dan Cina, mengapa bermula di sini, di UiTM? Dia sepatutnya mencadangkan hanya ada satu sekolah (untuk menggalakkan perpaduan). Dan ia mesti bermula di peringkat sekolah rendah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.

Menurutnya, pelaksanaan cadangan itu akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Khaled menegaskan, cadangan Abdul Khalid itu hanya satu politik murahan yang sanggup menggadai perkara yang diwujudkan untuk memelihara kedudukan dan kepentingan Melayu serta bumiputera.

Dalam aspek ini, beliau memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali tunduk kepada desakan populis itu.

“Jadi, saya memberi jaminan kepada semua pejuang yang telah mewujudkan UiTM bahawa selagi saya menjadi Menteri, kedudukan UiTM akan kekal,” katanya.

Khaled berkata, cadangan membuka kuota pengambilan itu bukan sahaja tidak wajar malah tidak munasabah untuk dilakukan jika kedudukan UiTM hari ini diambil kira.

“Kalau kita lihat statistik enam bulan selepas tamat pengajian untuk tiga tahun kebelakangan ini, seramai 81 peratus siswazah UiTM dapat pekerjaan. Ini adalah lebih baik daripada sesetengah universiti.

“Begitu juga purata siswazah yang belum dapat kerja selepas tiga bulan tamat belajar. Biasanya pada kadar 24.9 peratus tetapi hanya UiTM 19.1 peratus dan bilangan itu adalah antara yang terbaik sekali dalam institusi pengajian tinggi awam dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, kementerian mempunyai pelan jangka panjang di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk memastikan institusi itu terus meningkat kecemerlangannya.

Menurut Khaled, UiTM adalah satu pendekatan kerajaan membina kekuatan orang Melayu dan bumiputera dengan meningkatkan kualiti pendidikan supaya mereka dapat bersaing dan tidak tercicir berbanding kaum lain.

Hari ini, katanya, orang Melayu dan bumiputera masih belum berada pada kedudukan yang mampu menyaingi kaum lain.

“Tindakan membuka UiTM akan melambatkan lagi proses menyusun masyarakat, mengimbangi keciciran atau kekurangan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Langkah ini tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

Wednesday, August 6, 2008

“ 20 Questions per Program for Infinity Success”
Exercises, latih tubi Mathematics Year 5 (Total Numbers <>


Additions:
1) 356 823 + 263 321 =
2) 783 212 + 111 898 =
3) 327 373 + 602 232 =
4) 435 321 + 368 368 =
5) 452 265 + 301 421 =

Subtractions:
1) 623 323 – 32 000 =
2) 63 728 – 32 122 =
3) 876 200 – 2 544 =
4) 562 800 – 7 899 =
5) 23 323 – 12 800 =

Multiplications:
1) 5 603 x 34 =
2) 15 603 x 46 =
3) 43 622 x 12 =
4) 67 222 x 13 =
5) 34 434 x 24 =

Divisions:
1) 52 543 ÷ 5 =
2) 67 236 ÷ 6 =
3) 5 255 ÷ 12 =
4) 3 521 ÷ 8 =
5) 5 481 ÷ 8 =

“ 20 Questions per Program for Infinity Success”
Exercises, latih tubi Mathematics Year 4 (Total Numbers <>


Additions:
1) 43 352 + 23 050 =
2) 52 231 + 31 657 =
3) 22 222 + 43 655 =
4) 12 999 + 68 222 =
5) 37 560 + 60 235 =

Subtractions:
1) 67 850 – 32 362 =
2) 120 562 – 86 987 =
3) 24 726 – 21 283 =
4) 98 760 – 55 430 =
5) 55 672 – 32 786 =

Multiplications:
1) 15 326 x 4 =
2) 786 x 26 =
3) 632 x 85 =
4) 982 x 47 =
5) 879 x 76 =

Divisions:
1) 89 456 ÷ 4 =
2) 186 787 ÷ 9 =
3) 98 222 ÷ 3 =
4) 265 414 ÷ 7 =
5) 98 760 ÷ 8 =

Monday, July 28, 2008

'Family Night' Titian Wahyu...









Family day Titian Wahyu..
Pagi ahad tu bebudak Catering beli barang pkl 7.30 pagi...
Start dari tu, kitorang wat keje..
Seronok ar keje same2, 'best keje ngan diorang'-Ben (Program Manager)
Ptg tu start 'panas arang' pukul 6.30...
Plan pkl 5.30, tp saje wat 6.30... Memang saje sebenarnye, bkn lari time... Hu3..
Bebudak ni sambil bakar2 sambil 'sental' ayam2 tu...
Mlm tu start event pkl 8.15 and program pertama ialah sukaneka..
yg syok nye time tiup tepung la...
Sumer dah gaye Mumia!!!
Hahahah... PAdan muke...
Lps tu makan2 sambil tgk citer "Alvin n the Chipmunks"...
N then abis...
hahahaaa...
Trima KasiH sumer...
Kerana telah berjaya menjayakan program mlm tu...
chow..

Thursday, July 17, 2008

List of Mentor

-Muhammad Farhan ( Leader)
-Muhammad Izzuddin Bin Abd Ghaffar
-Aisyah Bt Jaafar
-Alia Najihah Bt Zainudin
-Haneesah Bt Ahmad Ibrahim
-Nur Alyaa Bt Mohd Aidee
-Nurulain Bt Brohan
-Nurul’ain Bt Zailani
-Nurul Fadilah Bt Yahya
-Nurul Nazira Bt Abdul Nashir
-Noor Rasyidah Bt Engah
-Nur Zahin B mohamad Saat
-Siti Farhana Bt Halim
-Siti Nurshazwani Bt. Mohd Sad
-Siti Noraidah Bt Abd Aziz
-Wan Hamidah Bt Abdullah
-Muhammad Afif Bin Zainuddin
-Muhammad Hafiz B Mad Hassim
-Mohd. Farouznizam B Rosli
-Nor Diyana Bt Abd Rahman
-Nor Ainun Bt Muhamad
-Mohd. Zulkhairi
-Mohd Fahmi Hilmi B Mahror
-Nur Azah Bt Usri
-Nur Farizan Bt Rameli

*kak dil, Shahrir n Adrian=otai.. or oldtimer... hohoho~


*This is the outdated list, any problems please refer to administrator or related person... Sorry...

Wednesday, July 16, 2008

Senarai Nama Peserta Mentor Mentee EMAS, Sek Keb Islam Sri Al-Huda

Tahun 5 Ibnu Al-Jazari

1. Abdul Qayyum B. Jaizan Hadi
2. Ahmad Salleh bin Abdul Hakim
3. Ain Kamalin bt. Mohd. Rozi
4. Anis Mardhiah bt. Abdul Ghani
5. Asma Tahani bt. Yusri
6. Maz Zafirah bt. Mua’anaff
7. Mohamad Amin Syazwan b Mohd Zukri
8. Muhammad Aizad b Abd. Murid
9. Muhammad Amirul Azfar b Daud
10. Muhammad Ammar b Abdul Hamid
11. Muhammad Faris Aizat b Mohd Azali
12. Muhammad Hanif b Azami
13. Muhammad Nur Firdaus b Ramlan
14. Muhammad Shahir Haiqal b Mohd. Nizam
15. Muhammad Syamil b Jafri
16. Nabil Syahmi B. Nazmi
17. Nur Bahirah bt Ahmad Noor
18. Nurul Huda bt Kamarulbahrin
19. Tuan Nur Aqilah bt. Tuan Kamarudin
20. Ummi Atiyah bt Ahmad Zulkurnain

Tahun 5 Ibnu Rusyd

1. Abdul Rahman bin Aziz
2. Ahmad Eimran b Kamanudin
3. Anisah Syakirah bt. Hamid
4. Asma’ Durrah bt. Mohd Feham
5. Aziemah bt Abdul Karim
6. Maisarah bt Dinon
7. Muhammad Furqan b Che Mohd Yussof
8. Muhamad Munawwir b Abdul Ghani
9. Muhammad Nukman B. Samsudin
10. Muhammad Norhakim b Jamaludin
11. Nasuha Hanani bt Shamsudin
12. Nur Fatiha bt Ahmad Azam
13. Nurul Ain bt Abdullah Kushaini
14. Qamarul Arifin B. Mohd Fauzi
15. Ros Syuhaili bt Roslan
16. Siti Nur Sakinah bt Baharudin
17. Siti Suhailah bt Abdul Rahman
18. Wan Nurhasniyati bt Wan Norazni

Tahun 4 Ibnu Haitham

1. Ahmad Atiqullah b Ahmad Zulkurnain
2. Ahmad Ghazali b Zainuddin
3. Ahmad Huzaifah b Aziz
4. Ahmad Irfan b Shahrom
5. Amirun Arif b Ab. Aziz
6. Arif Burhan b Amran
7. Marwan B. Shamon
8. Muhammad Aiman b Zaki
9. Muhammad Danial Izzat
10. Muhammad Izzat Ilyasaq b Mohd Khairi
11. Nadhirah bt Mohd Aris
12. Nur Amani Arif bt Ramlee
13. Nur Amira Aisha bt Mahadzir
14. Nurul ‘Atiqah bt Abdullah Kushaini
15. Nurul Husna bt Ismut
16. Nurul Nabihah bt. Romlan
17. Rufaidah bt. Nordin
18. Siti Sarah bt Hasbullah
19. Syawani Fariha bt Shuaimi
20. Wan Ahmad Naqi B. Wan Ismail


Tahun 4 Ibnu Nafis

1. ‘Asma Bt. Ahmad
2. Aida Farhana bt Ali
3. Ain Najda bt Badrulamin
4. Atifa Najiha Bt Ahmad Khairundin
5. Asma Imani bt Yusri
6. Fathin Nur Diyana bt Ismail
7. Fatimatul Asma’ bt. Nor Azam
8. Muhammad Aminuddin bin Raihan
9. Muhammad Amirul Hilmi B. Abd Rahman
10. Muhammad Izzad b Mohd Pisal
11. Muhammad Jawwad b Teuku Ilyas
12. Muhammad Syahid Sharhan b Sabaruddin
13. Mohd Fahim B Nizar
14. Nurul Husna Bt Asmuii
15. Nur ‘Ain bt Khairul Anuar
16. Nur Amirah Hannani bt Hamdan
17. Nurul Hanis bt. Kamarulbahrin
18. Sofie Izzati Aina Sakiren Sofi
19. Syed Luqman b Syed Jalaluddin
20. Syuhadah bt Fauzan
21. Wan Nur Azizah bt Husin


Peserta Luar


1. Ahmad Razidan B. Kamaruzaman (Sek. Keb. Tmn. Samudera). Thn. 4.
2. Nur Nasyarina Bt Ahmad Nasaruddin (Sek. Keb. Tmn. Samudera). Thn. 4.
3. Umi Zalikha Bt Ahmad Nizam (Sek. Ren. Gombak Utara). Thn. 4.
4. Zaid Harith bin Sohaimi (Sek. Ren. Agama Integrasi Sg. Chincin, Gombak.). Thn. 5.

BACALAH WAHAI KRISTIAN, BUDDHA, ISLAM, HINDU DAN NASRANI..

“Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.
Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas p aderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah Kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan. Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berket urunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamatpengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah .
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas
di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya ti dak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung
Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian s eluruh Sabah , jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, “Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini”. Dia terkejut dan bertanya, “Apa yang kamu ragukan?”
Saya berkata, “Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah , di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa.
Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya.”
Beliau berkata, ?Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa,” Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, “Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa.”
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.
Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata,”Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong”.
Saya menyoalnya, “Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?” Beliau menjawab, “Dia Tuhan.” Saya bertanya kembali, ?Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuh an kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah).”
Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal kembali, “Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?”
Beliau menjawab, “Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama.”
Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, “Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian.”
Saya katakan padanya, “Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?”
Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Sele pas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempuny ai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam.
Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.
Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia ;
Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.
Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu men genai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.
Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.
Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.
Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam.
Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).
Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.
Pernah terjadi dalam tahun ‘78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belaja r di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari.”
Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.
Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron . Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya.
Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kita btersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.
Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah . Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini di ukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.’ Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?
Turunnya hidayah
Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, “Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku”. Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya me naiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya, ?Negeri apakah ini?”
Beliau berkata kepada saya, “Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w.”
Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, “Awak tidak boleh masuk, teta pi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian).”
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, “Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Me nteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah .”
Saya katakan padanya,” Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam.”
Seterusnya imam tersebut berkata lagi, “Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam.”
Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, “Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?” Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebaga i seorang Islam.
Kekuatan diri
Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.
Saya katakan kepada mereka, “Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus.”
Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai bany ak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, “Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam.”
Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, “Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam.”
Bapa saya berkata kepada saya, “Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!”
Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.
Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah . Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah . Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.
Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.
Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap dating walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah.
Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang mu rtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang doktor, “Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah . Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan it u semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu encukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?”
Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.
Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan Beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.
Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia . Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak.
Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah m enghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.
Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis.
Dia mengatakan pada saya; “Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud;
Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu.”
Saya katakan kepadanya, “Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Qu ran.” Saya katakan lagi padanya, “Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah “Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong.” Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.
Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, “Apakah angan-angan kosong itu?”
Saya katakan, “Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?” Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam.
Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?” Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan d i hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?
Siapa sasaran Kristian
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.
Apa ikhtiar kita?
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib.
Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung kamu itu”.
Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.
Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat
‘Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.’
SEBAGAI UMAT ISLAM ….. JALANKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENYEBARKAN RISALAH INI”
aku cinta Malaysia …..tapi lebih cintakan ALLAH……….. oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah……DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH….

Sedih amat...

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Roti Keju...

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

The Miracles of the Holy al-Quran

The following is an analysis (partial) of some of the numerical miracles of the Quraan. NO. The word No. of times mentioned in Quraan

Dunia 115
Aakhirat 115

Malaikat 88
Shaytan 88

Life 145
Death 145

Benefit 50
Corrupt 50

People 50
Messengers 50

Eblees (king of devils) 11
Seek refuge from eblees 11

Museebah (calamity) 75
Thanks 75

Spending (sadaqah) 73
Satisfaction 73

people who are Mislead 17
Dead people 17

Muslimeen 41
Jihad 41

Gold 8
Easy life 8

Magic 60
Fitnah (dissuasion, misleading) 60

Zakat 32
Barakah 32

Mind 49
Noor (light) 49


Tongue 25
Sermon 25

Desire 8
Fear 8

Speaking publicly 18
Publicising 18

Hardship 114
Patience 114

Mohammad 4
Sharee*ah 4

Man 24
Woman 24

Solat (Prayer ) 5

Month 12

Day 365

sea 32
Land 31
Sea + land = 32 + 13 = 45
% sea = 32/45 * 100 % = 71.11111111
% land= 13 / 45 * 100 % = 28.88888889
____________
100.00

The new science has proven that the water covers 71.111 % of the earth, while the land covers 28.889 %

Is this a coincidence? Who taught prophet Mohammad all this?
Allah,the AllMighty taught him this.
This is but a few of the scientific miracles of the Quraan. There are many more miracles in the field of numbers, astronomy, space, medicine, geology, engineering, mind, etc.
The above is from the *the series of the scientific miracles in Quraan*, by Dr. Tariq Al Suwaidan

Copied From:
Noraini Md Kalil
ANSI Berhad
aini@nc.com.my

Kebesaran Solat 2 Rakaat

>Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
>"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
>Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
>Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
>Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
>Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
>Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
>Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
>Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.
>Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
>"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
>Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
>Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
>* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
>* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
>* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
>* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
>* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
>* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Faktor-faktor yang melemahkan daya ingatan:

1. Melihat pekara yang diharamkan
2. Membuang air kecil didalam tempat mandi
3. Terlibat dalam cinta monyet yang menimbulkan khayalan yang tak bertepi
4. Meminum minuman yang bercampur dengan semut
5. Tidak membaca Al-Quran
6. Mengadu domba /mengumpat
7. Sentisa berada dalam keluh kesah dan dukacita
8. Banyak gelak/ketawa

Merancang Masa Depan

Ø Senaraikan perkara yang akan dilakukan setiap hari, minggu dan bulan.
Ø Laksanakan mengikut keutamaan contoh : buat homework secepat mungkin tanpa menunda ke hari lain.
Ø Gunakan masa terluang dengan sebaiknya seperti ke perpustakaan, menelaah, cari bahan rujukan, bincang dengan rakan dan guru
Ø Buat kerja remeh pada pusingan produktiviti rendah contohnya waktu petang – perbincangan
Ø Minimakan gangguan – contoh : lepak di bilik kawan, tonton VCD, chat dan menonton TV

Cara Mewujudkan Minat Belajar

Anda perlu membuat refleksi tentang tanggungjawab terhadap diri anda, ibubapa, keluarga, guru, negara dan masyarakat

Ø Apakah cita-cita saya ?
Ø Bagaimanakah cara untuk mencapainya ?
Ø Apakah tanggungjawab saya ?
Ø Bagaimanakah ibu bapa saya bertungkus-lumus untuk membiayai pelajaran saya ?
Ø Adakah saya menjadi teladan yang baik kepada adik beradik saya ?
Ø Adakah saya menjalankan tugas-tugas seperti yang dikehendaki oleh ibu bapa dan guru ?
Ø Apakah kepentingan pendidikan kepada saya ?
Ø Apakah yang harus saya lakukan ?

Kaedah Belajar Yang Berkesan

Ø Beri tumpuan
Ø Bersoal jawab
Ø Membaca
Ø Membuat latihan-latihan
Ø Memahami
Ø Membuat nota ringkas
Ø Menggunakan symbol
Ø Belajar komputer

Ciri-ciri Orang Yang Berjaya

Ø Fikiran yang tetap
Tetapkan matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan jangka masa matlamat tercapai.
Ø Perancangan
Kemahuan hendaklah dirancang terlebih dahulu.
Ø Semangat dan Azam
Azam yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.
Ø Percaya Kepada Diri Sendiri
Kepercayaan kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.

Ciri-ciri Orang Yang Gagal

Ø Tidak yakin pada diri sendiri
Ø Tidak yakin akan dirinya dan kemampuan untuk melaksanakan usaha atau kerja yang dihadapinya
Ø Melengahkan keputusan penting, tidak mahu mengambil risiko dan mengharapkan masalah selesai dengan sendirinya.
Ø Sikap egoistic dan memandang status.
Ø Sentiasa ingin disanjungi tetapi tidak mahu berfikir dan maju ke hadapan.
Ø Tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat tentang persekitaran.
Ø Berpuas hati dengan apa yang ada tanpa berusaha.
Ø Tidak mempunyai cita-cita untuk menikmati kehidupan yang bahagia...

Mempertingkatkan Motivasi Diri

1. Mempunyai matlamat – jangka pendek dan jangka panjang
2. Kenal diri – kekuatan dan kelemahan
3. Bercita-cita untuk berjaya
4. Ada perancangan dan ikut perancangan
5. Usaha berterusan
6. Jangan biarkan diri selalu dibuai dalam keadaan selesa
7. Tampal kata-kata hikmat dan baca selalu
8. Ikuti majlis ilmu
9. Dapatkan sokongan / semangat jika anda tiada semangat
10. Melakukan kerja-kerja sukarela – hidup lebih bermakna dan ceria

Tips-tips Memotivasikan Diri

Ø Keinginan seseorang akan hanya dicapai sekiranya ada tenaga motivasi dalam diri sendiri.
Ø Kejayaan seseorang itu bergantung kepada kesedaran pentingnya memotivasikan diri sendiri.
Ø Mengabaikan tenaga motivasi diri sendiri membawa seseorang menuju kegagalan.
Ø Memotivasikan diri sendiri sebelum memotivasikan diri orang lain.
Ø Individu yang benar-benar telah memotivasikan diri akan menikmati sebarang peluang yang dating padanya tanpa mengira masalah dan kesusahan.
Ø Individu yang mempunyai motivasi akan sentiasa bergiat cergas dalam sebarang aktiviti manakala individu yang tiada motivasi dalaman akan duduk diam tanpa sebarang tindakan positif.
Ø Perkara utama yang harus dilaksanakan oleh seseorang itu ialah perancangan bagi memperolehi tenaga motivasi diri sendiri serta perlaksanaannya.

Kenapa Perlu Menjadi Seorang Yang Bermotivasi???

Ø Motivasi diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke sebarang tahap yang diingininya.
Ø Orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam motivasi diri sendiri.
Peluang akan berada di mana-mana bagi anda yang bermotivasi tinggi.

Orang yang bermotivasi diri akan bertindak, orang yang tidak bermotivasi hanya berjanji.
Jika anda tidak dapat memanfaatkan tenaga dan potensi anda sendiri maka mental anda akan pudar sepanjang hayat.

7 Kalimah Yang Patut Diamalkan

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.