Showing posts with label Motivation Section. Show all posts
Showing posts with label Motivation Section. Show all posts

Wednesday, October 15, 2008

Kasih Seorang Ayah~

*Originally from Normaheran M. Nor (aima_87@yahoo.com)
*Al-Fatihah to his beloved father..

Kasih Seorang ayah

Di waktu malam yang sunyi..ketika semua manusia enak dibuai mimpi..aku masih tidak dapat lelapkan mataku..sikit demi sedikit bayangan seorang insan yang ku amat merindui hadir dalam ingatanku..seorang insan bernama ayah..Aku tidak mengerti mengapa malam ini aku terasa amat merinduinya..tanpaku sedari, titisan air mata ku mengalir membasahi pipi..baru ku tersentak dari lamunan, bahawa ayah sudah tiada lagi..dia sudah pergi jauh menemui rabbul izzati..

Ayah..Adakah engkau mendengar rintihan anakmu ini? Engkau seorang yang tabah semasa hidupmu. Engkau sanggup bersusah demi untuk membesarkan aku dan adik beradik yang lain. Daripada sebesar tapak tangan hingga aku dewasa…Aku masih ingat kata-katamu dan harapan mu ayah. Engkau ingin melihat aku berjaya. Sewaktu ku mendapat anugerah kecemerlangan semasa di sekolah menengah, aku lihat engkaulah orang yang paling bangga dan gembira dengan kejayaanku. Walaupun engkau tidak pernah menyatakannya,namun dari riak wajahmu,aku pasti kau bangga denganku..Kini, dengan berkat doamu,aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..Namun, kegembiraan itu tidak berpanjangan..masih jauh perjalanan liku-liku kehidupan yang harus kutempuhi..

Aku masih ingat lagi..sewaktu ku sibuk mengulangkaji pelajaran,tiba-tiba ku mendapat panggilan daripada kakakku. Dari nada suaranya, aku dapat mengagak sesuatu yang buruk terjadi. Aku diberitahu bahawa ayahku dimasukkan ke hospital selepas jatuh daripada motor semasa pulang dari mengajar budak-budak mengaji di surau. Aku diberitahu bahawa ayah koma dan ditahan di Hospital Kuantan (HTAA). Tanpa berfikir panjang, keesokannya aku bertolak ke Hospital. Kulihat, ayahku sedang baring dikatil dan ditemani ibu, saudara mara dan adik beradikku yang lain. Lalu ku pegang dan cium tgn ayah..Doktor memberitahu bahawa ayah ku lumpuh sebelah badan, tidak boleh bercakap dan tidak boleh makan..aku rasa terkejut apabila dimaklumkan begitu. Hatiku berbisik perlahan, mesti ayah lapar kan..kasihan kat ayah..Ku jaga ayah di hospital selama beberapa hari sahaja kerana aku terpaksa kembali ke UKM untuk mendengar taklimat Latihan Amali Industri. Ikutkan hati, mahu sahaja aku tinggal di hospital dengan lebih lama untuk menjaga ayah. Kemudian, aku mendengar suara gelak tawa yang aku biasa aku dengar. Oh, rupanya itu adik kesayanganku yang bongsu..Aleya Natasha.. Ku mendekati adikku Aleya, yang ralik bermain bersama kanak-kanak yang sebaya dengannya. Ku melihat adik bongsuku yang tidak mengerti apa-apa lagi tentang semua ini. Selepas beberapa hari, aku pun pulang ke UKM. Semasa berada di UKM, aku mendapat mesej daripada kakakku yang berbunyi :

“ Doktor pakar datang tadi..dia pesan supaya ayah minum ikut tiub untuk sebulan dua..
Sebabnya ayah tak pandai nak telan lagi..darah ayah terlalu tinggi, jadi urat kat otak ada yang dah pecah..kalau esok lusa ayah balik umah nanti kena jaga dia elok-elok sebab kalau kena kali kedua ayah mungkin koma terus..”Hatiku tidak tenang selepas mendapat pesanan itu..Aku tak tahu bagaimana keadaan ayah kalaulah ianya berulang lagi.kata doktor, ayah akan koma terus?? Apa maksud doktor agaknya..mungkinkah ayah akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya???..adakah begitu?? Semua persoalan-persoalan ini bermain difikiranku.

Selepas seminggu..

Ku diberitahu oleh kakakku bahawa ayah dibenarkan pulang ke rumah. Aku berasa syukur sangat masa tu. Aku tersenyum seketika dengan harapan supaya ayah cepat sembuh. Setelah dua minggu berlalu,aku pulang ke rumah untuk melihat keadaan ayah. Aku dapat pulang ke rumah hanya untuk beberapa hari saja. Ayah masih tidak boleh menelan makanan, bercakap dan masih lumpuh. Dia hanya boleh minum, tapi minum pun dalam beberapa sudu sahaja. Dah nak dekat sebulan ayah tak makan..kesian ayah..ku urut-urut tangan ayah..ayah lumpuh sebelah badan dan tak boleh bercakap..kadang2 aku menagis sendirian, mungkin ibu dan adik beradikku yang lain juga begitu. Hari sebelum aku pulang ke UKM, aku menghampiri ayah..aku duduk di sebelahnya, ku genggam tgnnya lalu aku menangis teresak-esak disisinya..melihat keadaan ku yang sedang menagis, akakku menghampiriku dan memelukku seketika. Aku seolah2 dapat rasai bahawa ayah akan pergi tak lama lagi..ku cium dahinya.ku katakan padanya, “ Ayah, yan dah nak balik ke UKM ni..ada final exam esok lusa ni. Ayah doakan yan ye ayah..” Lalu ayah merenungku seketika dan berpaling kearah lain tanpa sepatah kata..namun, aku dapat rasakan bahawa dia ingin mengatakan sesuatu, tapi tidak kesampaian.. Aku cukup sedih pada tika itu, seolah-olah ayah tidak mahu aku meninggalkannya, tapi aku terpaksa pergi..aku terpaksa..

Selang beberapa hari,

Aku pun menduduki final exam..Walaupun hatiku tidak tenang memikirkan kesihatan ayah, namun ku gagahi juga untuk menghadapinya..Tetapi selepas seminggu, sedang ku membuat persediaan untuk menghadapi exam pada keesokan harinya, aku dapat mesej daripada kakakku yang menyatakan bahawa ayah sedang sakit tenat. Aku terkejut dan dadaku berdebar-debar ketakutan sesuatu yang buruk menimpa ayahku. Hatiku tidak berhenti-henti berdoa supaya ayah selamat. Namun, selepas sejam kemudian, tepat jam 3.30 petang, 24/04/08, kakakku menelefonku dengan nada yang sedih dan menangis,,aku dah dapat tanggapi apa yang ingin diberitahu kakak..

Kakak cakap “ Yan, ayah dah takda.. ayah dah takda..” Terus mengalir air mataku tidak henti-henti. Aku tidak sangka ayah sudah pergi untuk selama-lamanya.. Aku harap sangat supaya aku sempat menemui jenazah ayah sebelum dikebumikan.Petang itu juga aku terus bertolak ke rumah menaiki teksi dan ditemani kawanku. Terima kasih sahabat, kerana sanggup bersamaku di waktu aku perlukan seorang teman.

Akhirnya tepat jam 10 malam, aku tiba jua di rumah..Ku lihat, ramai jiran-jiranku di luar rumah..Bila ku masuk ke rumah, semua mata memandang ke arahku..Aku sudah tidak peduli semua itu, lalu aku menghampiri sekujur badan yang dilitupi kain putih berada di ruang tamu rumahku..Ya, aku pasti itu adalah ayahku..Ayah..ku meraung dalam hatiku..ku menangis.. Aku melihat wajah ayahku bersih dan tenang sahaja. Aku rasa tenang melihatnya dengan harapan Allah akan menempatkan jenazah bersama orang yang beriman..Dan aku redha di atas pemergiannya..kerana Tuhan lebih menyayaginya..Alhamdulillah jenazah dikebumikan dengan selamat pada malam itu juga..

Ayah,
Ku ingin ucapkan terima kasih padamu…Kerana membesarkan kami adik-beradik..Engkau adalah seorang ayah yang amat kukagumi..Aku amat menyayangimu, walaupun aku tidak pernah menyatakannya padamu ayah. Engkau pergi sebelumku mendapatkan segulung ijazah. Aku masih ingat lagi apabila aku ditawarkan untuk melanjut ke IPTA, engkaulah orang yang paling gembira dan sibuk membantu aku menguruskan hal-hal untuk ke IPTA. Aku pasti sedih semasa di hari konvokesyen kelak..kerana aku akan meraikannya tanpamu seperti rakan-rakan ku yang lain. Namun, aku bersyukur kerana masih lagi mempunyai seorang ibu, kerana masih ramai lagi manusia yang hidup tanpa kedua orang tua mereka.Walaubagaimanapun, akan ku teruskan perjuangan ini. Aku tidak akan mengecewakan harapanmu ayah. Aku ingin menjadi seorang yang berguna dan membantu ibu dan adik-adik apabila aku berjaya kelak..akanku teruskan perjuangan ini..

Buat ma,
Yan harap ma tabah mengharungi dugaan ini..Yan akan belajar bersungguh-sungguh demi meneruskan harap ma dan ayah. Yan tidak akan lupakan ma bila Yan dah berjaya kelak..yan sayangkan ma seperti yan sayangkan ayah..

Buat sahabatku,
Bagi sahabat yang masih mempunyai ayah, hargailah selagi mana dia masih hidup kerana apabila dia sudah tiada kelak, barulah sahabat akan sedar, bahawa dia amat penting dalam hidup kita..kadangkala kita tidak pernah menghargai orang yang berada di sisi kita, sehinggalah kita kehilangannya pada saat itu..tidak ada guna sesalan, kerana perginya tanpa berpatah lagi..percayailah..ayah, yan sayang dan rindukan ayah..yan akan selalu melawat pusaramu ayah..kini, hampir empat bulan ayah meninggalkan aku..aku sentiasa mendoakan supaya arwah ditempatkan bersama orang yang beriman..amin.

Ketika berjauhan masih ku rasa,
Hangat kasihmu ayah,
Betapa ku rindukan redup wajahmu,
Hadir menemaniku,
Terbayang ketenangan,
Yang selalu kau pamerkan,
Bagaikan tiada keresahan,
Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali kau tinggalkan,
Diriku sendirian,
Ketikaku dalam kedukaan,
Kau mendakap penuh pengertian,
Di saat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku erti kekuatan,
Terpancar kebanggaan dalam senyummu,
Melihat ku berjaya,
Bila ku kegagalan,
Tak ka biarkan aku terus kecewa,
Dengan kata azimat,
Engkau nyalakan semangat,
Restu dan doa kau iringkan,
Tak dapat ku bayangkan hidupku ayah,
Tanpa engkau disisi,
Semua kasih saying yang kau curahkan,
Tersemat di hati..
Pewaris doa ayah,

Normaheran M.Nor.

Wednesday, July 16, 2008

Faktor-faktor yang melemahkan daya ingatan:

1. Melihat pekara yang diharamkan
2. Membuang air kecil didalam tempat mandi
3. Terlibat dalam cinta monyet yang menimbulkan khayalan yang tak bertepi
4. Meminum minuman yang bercampur dengan semut
5. Tidak membaca Al-Quran
6. Mengadu domba /mengumpat
7. Sentisa berada dalam keluh kesah dan dukacita
8. Banyak gelak/ketawa

Merancang Masa Depan

Ø Senaraikan perkara yang akan dilakukan setiap hari, minggu dan bulan.
Ø Laksanakan mengikut keutamaan contoh : buat homework secepat mungkin tanpa menunda ke hari lain.
Ø Gunakan masa terluang dengan sebaiknya seperti ke perpustakaan, menelaah, cari bahan rujukan, bincang dengan rakan dan guru
Ø Buat kerja remeh pada pusingan produktiviti rendah contohnya waktu petang – perbincangan
Ø Minimakan gangguan – contoh : lepak di bilik kawan, tonton VCD, chat dan menonton TV

Cara Mewujudkan Minat Belajar

Anda perlu membuat refleksi tentang tanggungjawab terhadap diri anda, ibubapa, keluarga, guru, negara dan masyarakat

Ø Apakah cita-cita saya ?
Ø Bagaimanakah cara untuk mencapainya ?
Ø Apakah tanggungjawab saya ?
Ø Bagaimanakah ibu bapa saya bertungkus-lumus untuk membiayai pelajaran saya ?
Ø Adakah saya menjadi teladan yang baik kepada adik beradik saya ?
Ø Adakah saya menjalankan tugas-tugas seperti yang dikehendaki oleh ibu bapa dan guru ?
Ø Apakah kepentingan pendidikan kepada saya ?
Ø Apakah yang harus saya lakukan ?

Kaedah Belajar Yang Berkesan

Ø Beri tumpuan
Ø Bersoal jawab
Ø Membaca
Ø Membuat latihan-latihan
Ø Memahami
Ø Membuat nota ringkas
Ø Menggunakan symbol
Ø Belajar komputer

Ciri-ciri Orang Yang Berjaya

Ø Fikiran yang tetap
Tetapkan matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan jangka masa matlamat tercapai.
Ø Perancangan
Kemahuan hendaklah dirancang terlebih dahulu.
Ø Semangat dan Azam
Azam yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.
Ø Percaya Kepada Diri Sendiri
Kepercayaan kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.

Ciri-ciri Orang Yang Gagal

Ø Tidak yakin pada diri sendiri
Ø Tidak yakin akan dirinya dan kemampuan untuk melaksanakan usaha atau kerja yang dihadapinya
Ø Melengahkan keputusan penting, tidak mahu mengambil risiko dan mengharapkan masalah selesai dengan sendirinya.
Ø Sikap egoistic dan memandang status.
Ø Sentiasa ingin disanjungi tetapi tidak mahu berfikir dan maju ke hadapan.
Ø Tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat tentang persekitaran.
Ø Berpuas hati dengan apa yang ada tanpa berusaha.
Ø Tidak mempunyai cita-cita untuk menikmati kehidupan yang bahagia...

Mempertingkatkan Motivasi Diri

1. Mempunyai matlamat – jangka pendek dan jangka panjang
2. Kenal diri – kekuatan dan kelemahan
3. Bercita-cita untuk berjaya
4. Ada perancangan dan ikut perancangan
5. Usaha berterusan
6. Jangan biarkan diri selalu dibuai dalam keadaan selesa
7. Tampal kata-kata hikmat dan baca selalu
8. Ikuti majlis ilmu
9. Dapatkan sokongan / semangat jika anda tiada semangat
10. Melakukan kerja-kerja sukarela – hidup lebih bermakna dan ceria

Tips-tips Memotivasikan Diri

Ø Keinginan seseorang akan hanya dicapai sekiranya ada tenaga motivasi dalam diri sendiri.
Ø Kejayaan seseorang itu bergantung kepada kesedaran pentingnya memotivasikan diri sendiri.
Ø Mengabaikan tenaga motivasi diri sendiri membawa seseorang menuju kegagalan.
Ø Memotivasikan diri sendiri sebelum memotivasikan diri orang lain.
Ø Individu yang benar-benar telah memotivasikan diri akan menikmati sebarang peluang yang dating padanya tanpa mengira masalah dan kesusahan.
Ø Individu yang mempunyai motivasi akan sentiasa bergiat cergas dalam sebarang aktiviti manakala individu yang tiada motivasi dalaman akan duduk diam tanpa sebarang tindakan positif.
Ø Perkara utama yang harus dilaksanakan oleh seseorang itu ialah perancangan bagi memperolehi tenaga motivasi diri sendiri serta perlaksanaannya.

Kenapa Perlu Menjadi Seorang Yang Bermotivasi???

Ø Motivasi diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke sebarang tahap yang diingininya.
Ø Orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam motivasi diri sendiri.
Peluang akan berada di mana-mana bagi anda yang bermotivasi tinggi.

Orang yang bermotivasi diri akan bertindak, orang yang tidak bermotivasi hanya berjanji.
Jika anda tidak dapat memanfaatkan tenaga dan potensi anda sendiri maka mental anda akan pudar sepanjang hayat.

Memperbaiki Daya Ingatan

*  Mengulangkaji lebih awal
*  Baca nota anda banyak kali (empat atau lima kali)
*  Lafazkan bahan-bahan yanga anda pelajari
*  Tulis nota-nota pendek untuk memastikan yang anda telah mengetahui bahan-bahan yang dibincangkan
*  Ulangi langkah-langkah diatas dengan kerap
*  Cuba dapatkan gambaran menyeluruh daripada bahan-bahan atau isu-isu utama.
*  mengAjar rakan-rakan yang bertanya
*  Bincang dengan rakan-rakan
*  Tinggalkan perbuatan suka bercakap sia-sia
*  Sentiasa bersiwak(bersugi) khususnya diwaktu berwudhuk untuk bersolat dan bangun tidur.
*  Sentiasa bergaul dengan orang-orang soleh dan alim-ulamak.
*  Banyakkan berpuasa sunat, khususnya pada hari Isnin dan Khamis
*  Baca AL-QURAN
*  DOA